Photo credit: mindcontrolblogspot.com
Rumah Putih, Washington, Amerika
ERON TOVY, Naib Presiden Amerika begitu terkejut mendapat berita kejayaan pasukan Malaysia
menerobos masuk ke kawasan ibupejabat Gruesome Group untuk menyelamatkan Datuk Rauzah.
Berita yang disampaikan oleh Abram William itu cukup menggugat perasaannya.
“Macam mana boleh jadi macam tu?” soal Eron Tovy. Marah.
“Saya percaya Petromal dapat kerjasama dari pasukan
tentera negara mereka. Tapi tak mengapa. Gruesome sedang mengejar mereka. Tak
lama lagi kita akan dapat dia semula,” Abram William cuba meyakinkan.
“Itu tak mustahak. Yang penting, apakah kau sudah
tandatangani perjanjian itu?”
Abram tersentap dengan soalan itu.
“Abram…” Eron menyeru namanya. “Abram!”
“Err… belum. Tapi lepas ini saya akan lakukan.”
“Bukan selepas ini! Buat sekarang!” desak Eron.
“Ya… ya… okey!”
Pejabat
Presiden Ganezuela
ABRAM William menyimpan fonselnya ke dalam poket. Lalu dia segera
berpaling. Matanya
mencerlang bila mendapati bilik itu sudah kosong. Dia terdengar suara orang ramai di dewan
bankuet. Lantas dia ke ruang itu.
mencerlang bila mendapati bilik itu sudah kosong. Dia terdengar suara orang ramai di dewan
bankuet. Lantas dia ke ruang itu.
Kelihatan para
hadirin sedang menikmati hidangan. Dia tercari-cari Alberto Chimo di meja
utama. Namun, Presiden Ganezuela itu tiada di situ.
‘Ke mana pulak dia
ni?’ soal Abram.
“Tuan Presiden
terpaksa tinggalkan majlis…”
Abram menoleh.
Terpandang Menteri Petroleum Ganezuela, Quando Jabuti. Lelaki itu bercakap
seolah-olah tahu yang dia sedang mencari Tuan Presiden.
“Kita minum dulu…”
pelawa Quando.
“Oh… err… tak
mengapa. Saya pun ada hal. Tapi saya akan hubungi Tuan Presiden dalam waktu
terdekat. Dia belum sain lagi perjanjian. Jumpa lagi!”
Quando Jabuti mengekori
pergerakan Abram William keluar dari dewan bankuet. Setelah lelaki itu
menghilang, dia tertawa sendiri sebelum meneguk minuman ti tangannya.
Majlis Pertahanan
Negara, Putrajaya
SEMUA mata tertumpu di skrin. Melihat pancaran dari satelit perisikan Tanduo. Imej Datuk Rauzah
dan Jeffri berlari menyusup ke hutan ditatap persis menonton wayang. Kadangkala imej terhenti
menjadi kaku, tanda transmisi terganggu.
Imej satelit itu tiada suara. Namun imej itu akan segera
berubah dari imej normal ke imej infra-merah sebaik sahaja kedua-duanya
menyusup ke bawah dedaunan kayu. Ada ketikanya tiada imej langsung kecuali yang
terpapar hanya garis-garis yang melintang.
Walaupun begitu, Ahli-ahli Majlis Pertahanan Negara
tetap setia menunggu kerana yang terpapar bukan filem fiksyen. Sebaliknya ia
adalah peristiwa penting yang mencabar minda dan maruah negara.
Terdapat garis-garis senyuman di wajah mereka semua. PM
turun tersenyum memerhati. Sesekali dia mengeluh lega. Meskipun Ops Sambar
belum selesai sepenuhnya, namun pada kali ini dia lebih yakin.
Seorang ahli majlis mula bertepuk tangan. Mula-mula
perlahan, hampir tidak kedengaran. Tepukan itu disambut perlahan juga oleh ahli
majlis yang lain. Apabila PM turut bertepuk, yang lain pun ikut sama. Senyuman
bertukar menjadi hilaian tawa gembira.
Kini, mereka nampak anggota PASKAL menyambut Datuk Rauzah
di lokasi yang jauh daripada perimeter yang dapat dihidu pasukan Gruesome
Group. Tepukan semakin kuat. Namun, tiada sesiapa pun yang sedar, salah seorang
anggota pasukan Ops Sambar kini dalam tawanan!
Ya! Fariz Zafar kini sedang diheret kembali ke Pejabat
Operasi Gruesome Group!
Bersambung Ahad hadapan, insya-ALLAH...
Bersambung Ahad hadapan, insya-ALLAH...
No comments:
Post a Comment