Photo credit: pics.urduwire.com
Jabatan
Perdana Menteri, Putrajaya
Kem
Operasi Gruesome Group, Hermoza Ciudad, Ganezuela
SENJA. Dari celah-celah
semak, Jeffri Zain meninjau keadaan kem Gruesome Group. Dia
memandang ke sebelah selatan,
kawasan di mana dia dan anggota PASKAL tiba pada senja kelmarin. Teringat
bagaimana dia bergerak sebaik sahaja peluru berpandu mudah alih Merak Kayangan
NM-1 yang dilepaskan oleh unit PASKAL memecah tembok kem.
Segala-galanya berlaku
dengan pantas dan mengikut rancangan.
Sebaik sahaja mendapat maklumat daripada
Fariz Zafar, dia mula bertindak membawa Datuk Rauzah ke luar daripada kawasan
kem. Mereka lebih banyak mengelak daripada bertembung dan bertempur dengan
musuh bagi menjimatkan masa dengan membuat helah dan decoy hingga musuh
tersasar jauh daripada mereka.
Pada jangkaannya, mereka
sudah selamat. Namun, rupa-rupanya pihak
musuh juga cekap bermain
psikologi seolah-olah mereka sudah tidak dapat menjejaki mereka. Padahal mereka mengintip dan memantau pergerakan
mereka hingga menyerang dan membunuh kesemua anggota PASKAL.Mereka kemudian
membawa lari Datuk Rauzah. Mungkin sekali kembali ke kem ini.
Pada kali ini, Jeffri
menyelinap daripada arah barat kem. Di sini keadaannya lebih terlindung dengan
pohon-pohon besar ~ sukar dihidu musuh tetapi sukar juga bergerak kerana
tebalnya pokok-pokok renek.Jeffri mendongak ke menara kawalan. Tampak dua orang
pengawal sedang meneropong ke kawasan sekeliling.
Di perimeter kawasan
berpagar, tidak kurang lima orang sedang berkawal. Mungkin sekali setelah
mereka diserang, maka pada kali ini mereka lebih berhati-hati. Pengawal
ditambah, kawalan turut diperketatkan. Jeffri memasang kacamata
video yang mempunyai teropong dan night vision.
Benar seperti agakannya.
Dia terpandang kamera-kamera CCTV
terpasak di pohon-pohon berhampiran. Kelipan-kelipan lampu merah di CCTV itu menangkap
pandangan melalui kacamatanya.
‘Payah jugak nak masuk ke
dalam kem ni…’ kata hati Jeffri sambil terfikir-fikir bagaimanakah untuk
menyelinap kembali ke dalam.
Fonselnya berdengut. Jeffri
teringat sebentar tadi dia meminta maklumat daripada BISIK mengenai keadaan
Fariz. Video sidang media yang dilakukan oleh Abram William terpapar. Berita
mengenai kononnya Fariz adalah pengintip yang dihantar Petromal untuk mencuri
maklumat di setor simpanan minyak di Hermoza Ciudad ditatapnya. Uniform
Petromal yang dikenakan Fariz membuat Jeffri tergeleng kesal.
‘Amerika memang penipu
besar. Tapi... kasihan pulak aku tengok, budak ni…’ kata hati Jeffri bila
terpan-dang wajah Fariz yang tidak bermaya.‘Klik!’ kedengaran picu senjata
dipetik dari belakangnya.
Tanpa menjeling, Jeffri
mengangkat tangannya. Dia tahu ada muncung senjata sudah tersasar ke tubuhnya.
Tidak perlu dia tahu berapa orang yang mengacukan senjata mereka kepadanya.
Kalau ada 100 pucuk senapang dan 100 peluru yang terbenam ditubuhnya, dia akan
maut. Kalau ada sepucuk pistol, dan satu peluru menembusi otaknya, dia akan
mati juga. Tiada bezanya.
‘Rupa-rupanya tak sukar nak
masuk balik ke dalam kem ni. Sepatutnya siang-siang lagi aku angkat tangan. Biar dia orang aje
tangkap dan bawak aku masuk ke dalam. Tak payah aku sibuk terintai-intai nak
masuk ke dalam...’ detik hati Jeffri.
“Okey, do your
job!” kata Jeffri kepada musuh yang ada di belakangnya. Berapa jumlahnya, dia
tidak am- bil tahu pun.
MESYUARAT kabinet pada hari ini hanya berkisar
mengenai satu perkara ~ kritik lantang Abram William, Ketua Pegawai Eksekutif
Extron di media massa. Kenyataannya yang mengecam Petromal kerana menghantar
seorang ejen untuk mengintip operasi Extron di Ganezuela sungguh biadab. Untuk
sekian kalinya, kenyataan itu diulangtayang beberapa kali untuk dianalisa dan
dibincangkan.
"Ini adalah satu
tindakan pengintipan yang sungguh memalukan. Extron menjalankan operasi
perniagaannya dengan mematuhi etika serta budaya kerja yang adil dan saksama.
Kita tidak tergamak
melakukan tindakan pengintipan perniagaan kerana ini bertentangan dengan konsep
urusniaga yang bebas dan adil. Kerana itu, kami menyuarakan bantahan ke atas
tindakan tidak cerdik sebuah organisasi carigali minyak dari Malaysia yang
melakukan pengintipan itu terhadap kami.
Petromal, walaupun berdepan
dengan krisis penculikan seorang pegawai tingginya oleh lanun Somalia telah
sanggup melakukan rancangan jahat ke atas syarikat kami yang hanya menjalankan
perniagaan dengan penuh bertamaddun.
Kami tidak terfikir langsung
sebuah syarikat yang terkenal bertaraf dunia ini telah bertindak sedemikian
ketika mereka dalam kepayahan. Kerana itu, kami tidak mengenepikan teori bahawa
peristiwa penculikan pegawai Petromal oleh lanun Somalia itu sengaja dirancang
mereka bersama lanun Somalia semata-mata
untuk mengalih perhatian dunia terhadap tindakan jahat mereka.
Ini adalah helah perniagaan
yang kotor dan tidak akan diterima langsung bukan sahaja di kalangan dunia
perniagaan, malah dikeji oleh dunia."
Perit, sememangnya perit.
Namun itulah kenyataannya. Petromal menjadi mangsa kempen persepsi buruk mainan
Extron. Dan, kenyataan Abram William itu diulang-ulang oleh seluruh media massa
antarabangsa.
Kempen memburuk-burukkan
Petromal dilakukan bertubi tubi. Imej Fariz yang berpakaian uniform Petromal
kerana kononnya dialah ejen syarikat yang menceroboh masuk ke setor penyimpanan
minyak di Hermoza Ciudad, Vanezuela ditayangkan berulangkali.
"Apa yang Petromal
dapat buat?" tanya Menteri Luar Negeri
"Dia orang belum dapat
jawab pun. Sejak semalam, mereka cuba buat kenyataan media. Tapi yang
datang hanya syarikat akhbar dan TV
Malaysia. Tak ada media antarabangsa yang hadir.
Seolah-olah mereka boikot
Petromal. Imej Petromal dah terjejas
teruk. Sahamnya di Bursa Saham New York, London, Jepun dan Singapura
merudum. Dia orang betul-betul main
kasar," jawab Menteri Perusahaan
Domestik dan Antarabangsa.
"Kita khuatir kalau Amerika pulak masuk
campur. Kalau dia orang masuk campur, parah kita..." ujar PM perlahan.
Bersambung Ahad hadapan, insya-ALLAH...
Assalam tuan. saya nak tahu sangat keaadan Fariz. Lambatnya nak sampai part Fariz pulak. smakin x sabar pulak trasa.. teruskan berusaha tuan. saya peminat setia novel tulisan tuan. penuh aksi.
ReplyDeleteWaalaikumsalam, ilhamhafzh! Oh, Fariz kini dalam tawanan. Jeffri hendak ke lokap kem untuk lepaskan dia. Kat kem nanti ada sesuatu yang menarik terjadi. Ada konflik Fariz dan Jeffri! :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana meminati. Ia membarakan semangat menulis buat saya.