Photo credit: hdw.eweb4.com
BUNYI tembakan bertali arus membingitkan telinganya. Dia terasa pada bila-bila masa sahaja ada sebutir peluru sesat akan menembusi tubuhnya. Namun hatinya tetap berzikir dan berdoa untuk mengelak musibah seperti yang dianjurkan Rasulullah s.a.w menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud.
BUNYI tembakan bertali arus membingitkan telinganya. Dia terasa pada bila-bila masa sahaja ada sebutir peluru sesat akan menembusi tubuhnya. Namun hatinya tetap berzikir dan berdoa untuk mengelak musibah seperti yang dianjurkan Rasulullah s.a.w menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud.
“Bismillahilazi la
yadhuru ma’asmihi syaiun filardhi walafisamaie wahuasami’ul’alim.
Dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudharat sesuatu di bumi juga di langit
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Itulah doa yang sentiasa bermain
di bibir dan teralun dari dalam sanubarinya.
Sesekali dia menoleh ke belakang. Melihat lebih sertus
orang mengejarnya. Dengan hati yang tidak tentu arah, dia berpaling ke hadapan
dan terus berlari dan berlari lagi. Kawasan hutan yang dilaluinya tadi, kini
semakin menghilang. Semak samun di depannya terus diredah.
Datuk Rauzah bagai mahu berhenti berlari bila di
hadapannya terbentang padang pasir sesaujana mata memandang. Namun kakinya
tetap tidak mengizinkan. Panas padang pasir terus dirempuhnya. Walaupun kakinya
hampir tenggelam hingga ke buku lali setiap kali dia melangkah, dia meneruskan
lariannya untuk entah ke mana.
Tidak semena-mena, dari hadapannya muncul segerombolan
lagi musuh sedang menunggunya. Kelihatan mereka menghunuskan senjata mereka ke
arahnya.
‘Hah? Dari mana pulak datangnya dia orang, ni?’ tanya hatinya.
Tubuhnya tiba-tiba menjadi lemah. Sudah tiada daya lagi
dia melangkah walau setapak. Akhirnya dia jatuh terjelepuk ke pasir.
Dalam keadaan separuh sedar, dia nampak musuh-musuhnya
menghampiri. Wajah-wajah mereka tampak begitu garang. Mata masing-masing terbuntang
dan mulut mereka berkerinyut menyeringai. Mereka kessemuanya kini tertawa. Bagai
pemburu yang akhirnya dapat memerangkap mangsanya. Dia terasa dirinya seperti
pelanduk yang akan dikorbankan pada bila-bila masa. Menanti letusan senjata
yang kesemuanya terarah ke tubuhnya.
Dia mesti membuka mulut untuk meminta belas kasihan. Dia
mesti merayu agar dirinya tidak diapa-apakan. Sungguh. Dia tidak mahu matinya
begitu. Mati beragan bagai orang yang tiada ibu, tiada bapa, tiada keluarga,
malah tiada negara.
Kalau pun dia mati, biarlah dia mati secara elok. Siap
dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumi mengikut cara Islam. Biarlah
kuburnya dekat dengan mereka yang mengasihi dan dikasihinya.
Bukan begini… mati entah di mana. Tiada yang memandikan,
yang mengkafankan, yang menyembahyangkan dan yang mengkebumikan. Dia tidak mahu
mayatnya terbaring dipanah mentari hingga kering seperti bangkai dan akhirnya
menjadi debu yang bertaburan ditiup angin.
“Ergh… ergh…” dia mengerang. Itulah suara yang muncul
daripada halkumnya walaupun dia ingin merayu dengan suara yang jelas.
“Ergh… ergh…” suara erangannya terpacul lagi walaupun
dia mahu berkata-kata.
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi deru kapalterbang.
Bunyi itu semakin lama semakin jelas. Lantas dia bangkit seperti mahu berdiri.
Namun kakinya seperti terikat hingga menyebabkan dia hanya dapat duduk menegak.
“Awak jangan risau. Duduk sahaja di situ. Kalau lapar…
cakap. Kalau mahu air… cakap.”
Fikirannya kini sedar dan siap siaga. Kini terasa
pandangannya tertutup kerana kepalanya diserkup dengan kain. Dia memasang
telinga semula mendengar deru kapalterbang. Dia terasa suasana dingin angin
yang menyapu tubuhnya.
‘Aku dalam kapalterbang?’ soalnya sendirian. ‘Nak ke
mana pulak, ni?’
Dia cuba mengamati dan mengingati suara yang menyapanya
tadi.
‘Suara Wehliye?’
Dahinya berkerut bila teringatkan, baru sebentar tadi
dia berlari di padang pasir. Teringat yang dia terjatuh dan berdepan dengan
mereka yang mahu membunuhnya. Kini dia di mana?
‘Aku mimpi, ke?’ tanya hatinya. ‘Oh, aku bermimpi…’
Memorinya lantas memutar insiden di hutan tropika
Hermoza Ciudad, Ganezuela. Dia bersama Jeffri dan lima anggota PASKAL cuba
meninggalkan hutan itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba mereka diserang hendap.
Semangatnya terbang
bila terpandang seorang demi seorang angota PASKAL tumbang dihunjam peluru yang
tidak bermata. Sungguh. Dia tidak pernah melihat insan yang berada di saat sakaratulmaut.
Tetapi pada pagi itu, dia nampak kesemuanya. Bukan sekali. Malah, lima kali.
Lima mayat
bergelimpangan di depan matanya. Lima mayat perajurit tanah air terbujur kaku
dalam usaha menyelamatkannya. Mereka kembali menghadap Illahi ketika berjuang
untuk negara Malaysia.
Airmatanya mula
berlinangan. Teringatkan mereka yang pergi tidak akan kembali lagi. Fikirannya
melayang teringatkan Jeffri yang meminta dia pergi dahulu kerana ingin menyelamatkan
rakannya Fariz.
‘Mudah-mudahan Jeffri
selamat. Ya ALLAH... selamatkan dia…’
Bersambung Ahad hadapan, insya-ALLAH...
No comments:
Post a Comment