Photo credit: seawayblog.blogspot
Lautan India, Perairan Somalia
DATUK
RAUZAH tidak sedar sejak bila Kapten Johari sudah kembali menghampirinya.
Matanya menyusur ke hujung telunjuk kapten yang terarah ke langit. Dia nampak
lampu kecil berwarna merah yang berkelip-kelip.
“Heli
TLDM!” kata Kapten Johari. “Saya dah kontak kapal KD Gempur. Mereka
memang bersedia dengan Ops Fajar di perairan ini! Mereka datang untuk
membantu!”
“Alhamdulilah! Agaknya, sebab itulah
lanun-lanun itu tidak menyerang! Mereka takut dengan TLDM yang nak bantu kita,”
ujar Datuk Rauzah seraya tersenyum.
Kapten Johari turut tersengih lalu menarik nafas lega.
SEKETIKA
sahaja lampu kecil yang berkelip-kelip itu kian menghampiri. Muncullah sebuah
helikopter hingga angin kuat dari kipasnya mengibarkan pakaian mereka. Kapten
Johari terpaksa memegang topinya kerana
tidak mahu ia melayang ke laut.
“Kapten! Itu… itu bukan kapal Super
Lynx TLDM!” jerit Datuk Rauzah seraya mengunjuk ke arah
helikopter yang menghampiri. Suaranya hampir tenggelam dek deruan angin dan
kuatnya bunyi kipas helikopter yang berputar.
“Apa?” soal Kapten Johari kerana tidak dengar apa yang diucapkan Datuk Rauzah.
Namun dia turut mendongak dan
mengamati helikopter yang mengambang di atas kepalanya. Matanya mencerlang
kerana bentuk helikopter itu bukan daripada jenis yang dimaksudkan Datuk Rauzah.
“Good
evening, gentlemen!” kedengaran suara daripada hailer yang digunakan oleh seseorang yang berdiri di pintu
helikopter.
Kapten Johari dan Datuk Rauzah kehairanan. Tidak tahu siapakah yang bersuara itu.
“I
am the chief of the Somalian pirates! And, I am hijacking your ship!” kata
suara itu lagi.
“Apa? Lanun pakai helikopter?” kata Kapten
Johari.
“Nampaknya, kita kena menyerah!”
cadang Datuk Rauzah.
“Tunggu dulu, Datuk! Tengok!” gesa Kapten
Johari yang mengunjuk ke ufuk langit.
Kelihatan dua buah helikopter Super Lynx kepunyaan TLDM menghampiri.
“PASKAL datang!” jawab Datuk Rauzah. “Alhamdulilah! Kita akan selamat.”
PASKAL
adalah Pasukan Khas Laut. Ia dikenali sebagai pasukan komando TLDM. Sebagai
orang yang gemar membaca, Datuk Rauzah dapat menelah apa yang bakal dilakukan
oleh pasukan dari TLDM itu.
“Drop
your weapons! I repeat, drop your weapons or we will shoot!” kedengaran
suara daripada hailer helikopter TLDM
yang paling hampir.
Angin tiga buah helikopter yang
begitu dekat dengan kapal membuatkan suasana di atas dek kapal seperti dihembus
ribut taufan. Membuatkan Kapten Johari dan Datuk Rauzah
tertunduk-tunduk mengelak tiupan angin kencang. Helikopter lanun kelihatan
tidak berganjak. Malah, ia semakin menurun ke permukaan dek kapal.
“Move
off or we will shoot! I repeat! We will shoot you!” pekik suara daripada
helikopter TLDM lagi memberi perintah agar helikopter lanun itu beredar atau
menghadapi ancaman ditembak.
“Shoot
us down! Shoot us down and this helicopter will burn and your ship will burst
into flames!” balas lanun yang masih berdiri di pintu helikopter.
Buat beberapa saat, ketiga-tiga
helikopter itu masih terumbang-ambing di atas kapal tangki minyak itu. Tiba-tiba
kedua-dua buah helikopter TLDM itu bergerak menjauhi helikopter lanun itu.
Melihat keadaan itu, lanun yang
berdiri di pintu helikopternya terkinja-kinja lalu menari.
“Hahahahahaha…” dia melaungkan
tawanya menerusi hailer. Suara
gelaknya cukup membingit dan menimbulkan rasa meluat Datuk Rauzah dan Kapten Johari.
Kapten Johari menggeleng kecewa melihat kedua-dua helikopter
TLDM yang terbang semakin jauh. Di saat-saat cemas itu, dia tidak terfikir pihak
TLDM terpaksa berundur demi keselamatan mereka di atas kapal Lancang Kuning.
Bertindak begitu untuk mengatur strategi berikutnya.
"Mari kita ke
bawah bersama anak-anak kapal, Datuk,” ujar Kapten Johari dengan suara yang lemah. “Kita kena tenangkan
mereka sebelum lanun-lanun itu naik ke kapal ini.”
Datuk Rauzah tersenyum tawar lalu mengekori kapten
melangkah menuruni anak-anak tangga menuju ke kabin. Sejurus dia menoleh dan
menyasarkan pandangannya. Tercari-cari kelibat helikopter TLDM yang kian
menjauh dalam kelam senja.
‘Kau akan kembali…
aku tahu kau semua akan kembali…’ Datuk Rauzah menaruh harapan.
Biro
Risikan Negara, JPM, Putrajaya
SELURUH Dewan Operasi Biro Risikan Negara yang dikenali sebagai BISIK gempar bila menerima pancaran satelit perisik Mysat-4 kepunyaan Majlis Pertahanan Negara. Imej kapal Lancang Kuning, sebuah kapal minyak milik Petromal terpampang di skrin gergasi. Para petugas yang melihatnya berlari menghampiri skrin itu untuk menatap paparan yang lebih jelas. Imej yang besar memaparkan keadaan yang mencemaskan!
SELURUH Dewan Operasi Biro Risikan Negara yang dikenali sebagai BISIK gempar bila menerima pancaran satelit perisik Mysat-4 kepunyaan Majlis Pertahanan Negara. Imej kapal Lancang Kuning, sebuah kapal minyak milik Petromal terpampang di skrin gergasi. Para petugas yang melihatnya berlari menghampiri skrin itu untuk menatap paparan yang lebih jelas. Imej yang besar memaparkan keadaan yang mencemaskan!
Kelihatan
berbelas anggota lanun menaiki kapal daripada lima buah bot. Masing-masing
mengacu senjata yang kelihatan seperti rifel. Ada juga yang menghunus pisau.
Mereka memekik mengarahkan kesemua anak kapal berhimpun di dek. Kelihatan juga
anak-anak kapal yang ditolak dan dihalau berkumpulan bagai binatang ternakan.
Ketua
lanun kelihatan turun daripada helikopter yang telahpun mendarat di helipad. Lelaki yang menggunakan hailer itu tampak mengarahkan kepada
mereka yang ditawan.
Datuk Rauzah yang berada di antara anak-anak kapal terus meluru ke arah lelaki
itu. Dia kelihatan marah apabila bercakap sambil menuding jarinya. Tanpa
apa-apa amaran, ketua lanun itu
menendangnya. Datuk Rauzah jatuh tersungkur. Ketua lanun lantas
menghampiri lalu menghunus pistolnya.
Kelihatan
Kapten Johari menarik tangan Datuk Rauzah. Sejurus, dia
pula yang berdiri melindungi Ketua Pengarah Operasi Petromal itu sambil merayu
kepada ketua lanun itu agar bertenang. Semua para petugas BISIK di Dewan
Operasi itu terpaku menyaksikan drama
yang terjadi beribu-ribu kilometer dari Malaysia itu.
DI BILIK rehat kediamannya, Tuan Aziz Tuan
Ghani duduk tersandar dengan jejari bersilang.
Memandang skrin TV yang menayangkan imej yang serupa. Meskipun wajahnya
kelihatan tenang, fikirannya sedang berkecamuk. Pelbagai tafsiran, andaian dan
tanggapan berlumba-lumba singgah di minda sedarnya.
Tuan
Aziz menoleh dan menekur ke arah telefon di tepi mejanya. Nalurinya mengatakan
pada bila-bila masa telefonnya akan berdering.
‘Tritt-tritt…
tritt-tritt…” Betul kata nalurinya. Telefonnya berdering.
“Ya,
Datuk Seri.” Tuan Aziz terangguk-angguk mendengar arahan si pemanggil. “Baik…
saya ke sana sekarang.”
Sejurus
meletakkan telefon ke gagangnya Tuan Aziz menyarung kot. Dia perlu segera ke
bilik mesyuarat Majlis Pertahanan Negara di JPM. Bersedia untuk memerah otak bersama-sama ahli
majlis mesyuarat. Mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan Lancang Kuning
dan semua anak-anak kapalnya.
Bersambung minggu hadapan, insya-ALLAH...
No comments:
Post a Comment