Photo credit: guardian.co.uk
SEMUA mata memandang Tuan Aziz. Lelaki itu memerhati mereka seorang demi seorang – Fariz, Suren dan kemudian Normala. Matanya terjeling pada Jeffri Zain. Ejen itu juga merenungnya sambil menanti apa yang akan lahir dari bibir bosnya itu.
SEMUA mata memandang Tuan Aziz. Lelaki itu memerhati mereka seorang demi seorang – Fariz, Suren dan kemudian Normala. Matanya terjeling pada Jeffri Zain. Ejen itu juga merenungnya sambil menanti apa yang akan lahir dari bibir bosnya itu.
“Extron adalah pesaing
Petromal dalam merebut kontrak kerajaan Ganezuela. Selama ini, Petromal tak
pernah menang bila Extron masuk dalam persaingan cari gali minyak. Ada lima kes persaingan di antara Petromal dan
Extron. Empat dimenangi Extron. Ini kes pertama Petromal memenangi saingan itu.
Extron tidak pernah tewas dalam persaingan merebut
hak kerjasama di 17 negara. Mungkin kerana itu mereka berasa tercabar dan ingin
merebut kembali hak cari gali minyak walau dengan apa sekali pun.
Kita tau Extron ada pasukan keselamatan mereka
sendiri di kesemua lokasi projek mereka. Saya percaya, butang Waterbury adalah klu penglibatan pasukan
keselamtan Extron dalam kes penculikan keluarga Wehliye.
Kita kena siasat. Dapatkan kronologi aktiviti Petromal
di Ganezuela dari ibupejabat Petromal sendiri. Saya akan hubungi pihak kedutaan
kita di Ganezuela untuk silang semak. Dan… Suren! Dapatkan Datuk Rauzah. Kita
nak tau andainya dia ada membuat kontak dengan Abram,” ujar Tuan Aziz.
Suren memutar kerusinya untuk menghadap komputer.
Perisian Skype dibuka. Namun, ikon Datuk Rauzah didapati offline.
“Linenya off.
Mungkin ada masalah talian, tuan,” ujar Suren.
Jeffri segera menerpa ke fonselnya yang berada di sisi
komputer Suren. Dia menekan-nekan butangnya. Semua mata memandang Jeffri yang
sedang menekur ke fonselnya. Tertanya-tanya apa yang sedang dilakukan oleh ejen
itu.
“Linenya okey! Dan, dia dah tinggalkan Lancang Kuning!” sampuk Jeffri.
Suren segera mengambil fonsel Jeffri. Wayarnya disambung
kembali ke komputernya. Lalu skrin komputer Suren membesarkan imej dari fonsel
Jeffri. Memaparkan sebuah peta yang menampakkan titik hijau yang berkelip-kelip
ke arah utara. Semua mata kini tertumpu ke skrin itu.
“Ini… Datuk Rauzah…” katanya seraya mengunjuk ke titik
yang berkelip-kelip itu. “Ini Lancang Kuning…” katanya lagi ketika mengunjuk
imej sebuah kapal di bahagian bawah skrin.
“Datuk Fauzah dah bergerak meninggalkan Lancang
Kuning?” tanya Tuan Aziz.
“Dia ke mana?” tanya Normala, spontan.
“Saya mesti balik ke pejabat Bad Holac, bos!” ujar Jeffri tanpa menjawab soalan Normala lalu bergegas
menghala ke luar bilik.
“Jeff!” Suren
memanggil. “Ambik fonsel!”
Langkah Jeffri terhenti. Dia menoleh. Suren membaling
fonsel dan Jeffri menyambutnya. Dia menekur dan membelek seketika barang yang
dibaling Pakar IT itu. Ada sesuatu yang tak kena.
“Ini bukan fonsel saya!” Matanya membuntang memandang
Suren kerana menyangka lelaki itu silap.
“Ambil yang itu. Itu yang terbaru!” jawab Suren. “Yang
Jeff pakai ni…” kata Suren lagi seraya
melambungnya ke dalam tong sampah! “…dah ketinggalan zaman.”
“Ketinggalan zaman? Hei!” Wajah Jeffri berkerut. Dia
melangkah kembali menghampiri Suren dengan tangannya yang menggenggam fonsel
baru di tangannya. Seolah-olah mahu meluku kepala Suren.
“BISIK dah tak guna sistem GPS. Sebab, ke mana kita
pergi pun musuh boleh pantau. Fonsel yang Jeff pegang tu guna sistem baru.
Sistem ni lebih canggih daripada sistem GPS atau GLASNOSS Russia.”
“Dia pakai sistem apa?”
“Sistem MAGNAS. Malaysian Global Navigation System!”
“Tak pernah dengar, pun?” soal Jeffri dengan wajah
tidak percaya.
“Sekarang, dah dengar, kan?” sampuk Tuan Aziz seraya
tersenyum.
Kening Jeffri terangkat. Bibirnya tercebir. Kemudian
dia menoleh dan melangkah pergi. Tuan Aziz membiarkan Jeffri berlalu sebelum
mengisyaratkan Fariz dan Normala mengekorinya.
Ibupejabat Bad Holac, Merca
JEFFRI melangkah pantas menuju ke sebuah kawasan
perumahan dua tingkat. Seperti kawasan perumahan yang lain, dindingnya juga
berwarna lumpur dan berdebu. Fariz dan Normala mengepil di tembok berhampiran.
Memerhati Jeffri bercakap-cakap dengan seorang lelaki
yang berdiri berhampiran dengan pintu salah sebuah rumah di situ. Hanya
seketika bercakap, Jeffri dibenarkan masuk. Bila pintu terbuka, Jeffri
kelihatan terhenti seketika sebelum melangkah ke dalam.
“Jeffri
tau kita ikut dia…” bisik Normala.
“Saya pun agak macam tu. Dia berhenti untuk beritahu
kita yang dia tahu kita ikut dia,” jawab Fariz.
“He
wants to play along. Itu mesej dia
pada kita,” ujar Normala.
“Macam mana nak masuk kat rumah itu, kak?” tanya Fariz
perlahan.
“Kita
pakai trick lama!”
“Trick lama?” tanya Fariz lagi.
Normala
tidak menyahut. Sebaliknya dia mengambil gincu dari poketnya. Mulut Fariz
membentuk huruf ‘O’ lantaran teringat apakah yang Normala maksudkan sebagai trick lama itu. Seketika kemudian,
Normala melangkah perlahan persis seorang model. Kemunculannya menarik perhatian
si penjaga pintu. Lelaki mana yang tidak terpikat dengan wanita comel itu?
“Hi…”
sapa Normala dengan suara yang menggoda. Senyumannya dileretkan.
Lelaki
penjaga pintu itu nampak terpinga-pinga. Namun, dia tidak tersengih untuk
membalas senyuman Normala. Memang dia amat berhati-hati dengan godaan yang
muncul secara tiba-tiba ini. Ejen wanita itu pula tidak putus asa.
“Abang…
saya orang baru kat sini. Mana jalan ke pasar? Apakah saya ikut jalan ke
sebelah kanan atau ke kiri?” kata Normala seraya mendepangkan tangannya ke kiri
dan ke kanan. Sengaja bergaya dengan melentikkan tubuhnya. “Atau saya terus ke
depan?” katanya lagi seraya memuncungkan bibirnya yang bergincu merah.
Lelaki
si penjaga pintu meneguk liurnya.
“Kalau
aku tunjukkan jalan, boleh kau tolong aku?” soal lelaki itu. Sekali lagi dia
meneguk liur. Normala nampak halkum lelaki itu bergerak-gerak. Dia tersenyum
lagi.
“Terserahlah
pada abang… abang mahu apa?” tanya Normala lagi seraya menjeling lalu
menghampiri lelaki itu.
Sekali lagi lelaki itu meneguk liurnya lalu tersengih.
Matanya membulat memandang Normala. Dia mula tersengih. Ejen wanita itu pula, mula
geram.
‘Dasar Jantan miang! Kalau kau rapat, halkum engkau tu akan hilang bila terkena
penangan lutut aku, ni,’ kata Normala di dalam hati.
“Okey… okey… kalau saudari hendak ke pasar… terus
jalan ke depan. Bila sampai ke bukit, ikut jalan sebelah kiri. Kat situlah
pasar.”
“Oh, terima kasih…” jawab Normala.
Dia berkira-kira melangkah perlahan untuk mengalih
perhatian lelaki itu dari Fariz yang kini sedia untuk membolos ke dalam rumah
itu.
“Hei… awak dah lupa nak tolong saya!”
Normala menoleh, lantas melangkah menghampiri lelaki
itu.
“Oh, saya terlupa. Abang nak apa?” tanya Normala
perlahan. Namun dia bersedia untuk bertindak andainya lelaki itu cuba
menyentuhnya.
“Err…” lelaki itu meneguk liurnya lagi. “Err… saya ni
haus. Kalau ke pasar, dapatkan saya air minuman dekat kedai buah? Kedai itu
pakcik saya yang punya. Minta saja pada pakcik kat situ. Katakan ia untuk
Kandiya, anak saudaranya. Dia pasti akan beri percuma! Err… boleh tak?”
Normala memandang lelaki itu dengan mata yang
terkelip-kelip. Tidak menyangka, ke situ pulak kehendak lelaki yang asyik
meneguk liur sambil memandangnya sebentar tadi.
Matanya lantas menjangkau ke hala pintu rumah itu.
Ternampak kelibat Fariz yang sudahpun membolos ke dalam. Sambil menggamit
tangannya, Normala melangkah pantas meninggalkan lelaki itu. Kali ini,
langkahnya tidak lagi dengan gaya melenggok lagi. Rupa-rupanya bukan punggung
atau gaya liuk lentuk yang membuat lelaki itu menelan air liurnya berkali-kali.
Namun, Normala akan ke pasar dan mendapatkan minuman untuk lelaki itu.
Bersambung Ahad hadapan, insya-Allah...
salam tuan.
ReplyDeletebila nk smbung fragmen 27 plak?
sy dh x sbr ni mnunggu...
Maaf. Saya sedang menyiapkan sebuah kompilasi artikel. Targetnya siap lusa, 31.1.2013. Insya-ALLAH fragmen seterusnya akan muncul mulai Februari 2013. Terima kasih kerana follow fragmen2 Gerak Gempar! Salam.
ReplyDelete