Photo credit: samakaynews.com
Bandar Merca, Somalia
BANDAR
pelabuhan Merca terletak kira-kira 178 kilometer di Timur Laut Baraawe. Ia juga
adalah perkampungan para nelayan. Seperti mereka di Baraawe, ramai di kalangan
nelayan di sini menjadi lanun untuk menyara kehidupan.
Sejak
turun dari bas, Jeffri Zain duduk di bangku. Memerhati orang yang lalu lalang.
Tercari-cari sesiapa yang boleh membawanya ke tempat lanun-lanun berkumpul. Dia
merancang, bila dapat memasuki ke perkumpulan mereka, dia akan menyusup ke
dalam kumpulan Bad Holac. Ini akan
memudahkan dia bertemu mata dengan Wehliye Amare, orang yang bertanggung jawab
menahan Lancang Kuning di tengah Lautan Hindi.
Semuanya
harus dilakukan segera. Setiap saat yang berlalu akan meningkatkan risiko
situasi. Jeffri tahu keadaan semakin genting. Kerana itulah dia bergerak tanpa
memaklumkan rancangannya kepada Tuan Aziz. Jeffri tidak sepatutnya bertindak
sendirian. Tetapi begitulah perangai Jeffri Zain. Dalam banyak keadaan, dia
selalu bertindak dahulu sebelum melaporkan apa yang dilakukan.
SUARA orang berbual dengan kuat menarik perhatiannya. Jeffri Zain tertoleh. Kelihatan dua orang lelaki yang bertubuh sendo. Mereka melangkah sambil berbual tanpa mempedulikan sesiapa yang berselisih dengan mereka. Bergerak dengan gaya meredah sehinggakan orang yang berselisih dengan mereka terpaksa mengepilkan diri untuk mengelak daripada dirempuh oleh dua lelaki ini.
Sambil
berjalan mereka tergelak-gelak. Ada ketikanya mereka saling cabar mencabar pula
seperti hendak bergaduh. Tidak peduli bila orang lain memerhati mereka. Malah,
mereka kelihatan bangga berperangai yang menarik perhatian orang lain.
‘Hmm…
perangai macam lanun!’ kata Jeffri di dalam hati. ‘Ke mana dia orang nak pegi,
ni…’
Dia
tersenyum seketika sebelum bangun. Kolar jaketnya ditolak menutupi leher. Visor topi besbolnya ditarik ke bawah
untuk melindungi wajahnya sebelum dia melangkah mengekori mereka. Cuma Jeffri tidak
sedar, langkahnya juga diekori seseorang!
JEFFRI
terhenti seketika apabila kedua-dua lelaki itu memasuki sebuah bar. Bar? Liurnya
ditelan, mulutnya berkerinyut. Dia sudah tidak mahu berkunjung ke tempat begini
lagi. Dia sudah taubat. Sudah tiga tahun dia tidak meneguk arak setelah
bertaubat nasuha sewaktu menunaikan haji. Namun, demi tugas, dia membuka langkah
semula.
Bunyi
muzik yang berdentam-dentum menyerbu ke telinganya sebaik sahaja pintu bar
terkuak. Bau asap rokok menyentap hidungnya.
Matanya mula pedih. Nafasnya terasa sesak. Sungguh. Bau asap rokok yang biasa
dihidu dan ditelannya dahulu bukan lagi satu nikmat baginya.
Dalam
suasana gelap, bising dan sendat itu, Jeffri memantaukan pandangannya mengekori
kelibat kedua-dua lelaki itu. Mereka
duduk di penjuru dewan bersama beberapa orang lagi teman-teman.
“Mau
minum apa?” tanya pelayan bar, mengalih perhatiannya.
“Apa
yang jadi favourite kat sini, itulah
yang aku mau!” jawab Jeffri ringkas.
‘Astaghfirullahal
azim...' Jeffri beristighfar hampir serentak di dalam hati. Memohon ampun
kerana meminta minuman haram. Tetapi demi tugas dia perlu berlagak biasa.
Pelayan
bar menghulur sekole minuman keras. Dengan berlagak tenang, dia mencapainya.
Sambil memantau pandangannya ke seluruh dewan, jejarinya memutar-mutar kole. Berlagak
seolah-olah sedang bersantai sebelum meneguk minuman itu.
“Terima
kasih…”
Kedengaran
suara di belakangnya.
BELUM sempat Jeffri berpaling, seorang lelaki sudah menyambar kolenya. Jeffri hanya memandang lelaki itu menggogok minumannya sampai habis. Setelah mengesat mulutnya dengan lengan baju, lelaki itu tersengih. Tiada rasa bersalah langsung yang terbayang di wajahnya.
BELUM sempat Jeffri berpaling, seorang lelaki sudah menyambar kolenya. Jeffri hanya memandang lelaki itu menggogok minumannya sampai habis. Setelah mengesat mulutnya dengan lengan baju, lelaki itu tersengih. Tiada rasa bersalah langsung yang terbayang di wajahnya.
Jeffri
hanya mendiamkan dirinya. Tidak mahu berbuat apa-apa. Mencari gaduh, jauh sekali
dengan lelaki kulit gelap yang berikat kepala itu. Malah dia bersyukur kerana dapat mengelak daripada
meneguk minuman haram itu. Andainya lelaki itu tidak menyambar kolenya, tentu
ada orang yang nampak dan tertanya mengapa dia tidak menghirup minumannya itu.
“Hei,
aku tak pernah tengok engkau sebelum ini...” tegur lelaki itu.
“Aku
dari Baraawe. Baru sampai ke mari pagi tadi,” jawab Jeffri.
“Apa
kau buat kat sini?”
“Aku nak cari kerja”
“Kerja?
Kerja apa?”
“Aku
nak kerja dengan Wehliye!”
Mata
lelaki itu mencerlang.
“Wehliye?”
soalnya.
Jeffri
mengangguk. Lelaki itu menoleh ke kiri dan kanan. Tampak matanya menjelajah ke
segenap bar. Petanda dia tidak mahu orang lain nampak akan dirinya.
“Kalau benar-benar nak jumpa Wehliye, mari
ikut aku…” bisik lelaki itu kemudian seraya menggamit Jeffri dengan jari
telunjuknya.
‘Biar
betul… mudah sangat ke nak jumpa si Wehliye ni?’ desis hati Jeffri lalu bangkit
untuk mengekori lelaki itu.
JEFFRI terpaksa menyelit di antara para pengunjung bar yang sesak itu. Dia dan lelaki itu akhirnya keluar ke lorong belakang bar itu. Lelaki itu berjalan pantas. Membuatkan Jeffri turut bergegas di belakangnya.
JEFFRI terpaksa menyelit di antara para pengunjung bar yang sesak itu. Dia dan lelaki itu akhirnya keluar ke lorong belakang bar itu. Lelaki itu berjalan pantas. Membuatkan Jeffri turut bergegas di belakangnya.
‘Kat
mana dia nak bawak aku, ni?’ soal Jeffri di dalam hati.
Jeffri
menoleh ke belakang. Lorong ini begitu sunyi. Dia mendongak ke atas. Tiada apa
yang kelihatan kecuali pakaian yang tersidai di ampaian rumah-rumah kediaman di
kiri kanan lorong. Jeffri memandang ke hadapan kembali.
‘Eh,
mana dia pegi pulak?’
Lelaki
itu sudah menghilang. Jeffri berasa tak sedap hati bila lelaki yang membawanya
ke lorong ini tiba-tiba sudah ghaib. Tiba-tiba dia terasa desiran angin di
tengkuknya. Petanda sesuatu sudah mendatang! Dia membongkok dan mengelak.
Benar. Matanya menangkap seseorang tersasar lalu jatuh tersungkur di depannya.
‘Pukul
curi! Serang hendap! Perangkap!’ kata-kata itu melintas di fikirannya secara
berturutan.
Namun
belum pun sempat dia bangkit berdiri, perutnya dihempuk oleh seseorang. Jefri
menangkap kaki yang masuk menghenyak perutnya. Si penyerang lekas-lekas menarik
kakinya. Menyebabkan kasutnya tercabut! Kesan tarikan itu mengakibatkan si
penyerang jatuh terlentang. Jeffri tercium
bau tengik kasut si penyerang.
“Busuk!!!”
pekiknya lantas dia melontar kasut si penyerang.
Kasut
itu hinggap tepat ke muka si penyerang menyebabkan lelaki itu mengaduh
kesakitan. Jeffri sempat tergelak seketika. Tetapi ekor matanya cepat menangkap
sebiji penumbuk yang menuju ke wajahnya.
‘Oh,
ada penyerang lagi rupanya…’
JEFFRI menunduk dan lengannya sempat menepis pergelangan tangan si penyerang. Secepat kilat tangannya yang menghalang itu diturun dan rusuk si penyerang dihempuk dengan lengannya. Si penyerang terpelanting dan terbaring dalam keadaan tercungap-cungap. Pukulan Jeffri mengakibatkan si penyerang sesak nafas.
JEFFRI menunduk dan lengannya sempat menepis pergelangan tangan si penyerang. Secepat kilat tangannya yang menghalang itu diturun dan rusuk si penyerang dihempuk dengan lengannya. Si penyerang terpelanting dan terbaring dalam keadaan tercungap-cungap. Pukulan Jeffri mengakibatkan si penyerang sesak nafas.
‘Oh…
ramainya…’
Kini
baharulah Jeffri sedar ada tiga lagi musuh yang mengelilinginya. Dia berdiri
berpeluk tubuh. Kemudian perlahan-lahan kedua-dua tangannya didepangkan.
Kuda-kudanya dipersiapkan kukuh menekan tanah. Bagai seorang pahlawan silat.
Menanti mereka tampil menyerang.
“Kau
orang nak apa? Nak gayung? Nak cekak? Atau… engkau orang nak merasa penangan
Buah Pukul Mersing?” Jeffri memberi amaran.
Kata-katanya
membuatkan si penyerang terjeling sesama sendiri. Mereka perlahan-lahan
menghampiri. Kini ada lima orang penyerang yang mengelilinginya. Jeffri
menghembus nafasnya perlahan-lahan. Tidak semena-mena, dia menggerakkan sedikit
tubuhnya untuk mengacah mereka.
Tindakannya
itu menyebabkan salah seorang daripada mereka tampil menyerang. Jeffri mengelak
hingga si penyerang terbabas. Dengan menggunakan tapak kakinya, Jeffri
menendang punggung si penyerang menyebabkan dia tersembam.
Yang
lain tak berlengah-lengah lagi menyerbunya. Namun, Jeffri dengan tenang
mengelak, menangkis dan melibas setiap orang daripadanya hingga mereka
tertiarap dan tertonggeng di sekelilingnya dalam waktu tidak sampai lima minit.
Jeffri
melangkah perlahan-lahan menghampiri semua penyerang-penyerangnya. Dia
tergeleng-geleng kasihan melihat mereka mendengus kesakitan menerima pukulannya.
“Lain
kali, tengoklah dulu siapa yang engkau orang nak samun…” Jeffri bergumam.
Sambil melangkah, Jeffri meraba poket belakang
seluarnya. Ingin memastikan dompetnya masih tersisip rapi. Tiba-tiba…
“HEI! Mana dompet aku? Mana dia?” Jeffri bertempik.
Jeffri
memeriksa tiap seorang daripada mereka. Namun dompetnya tidak ditemui. Kerana
marah, Jeffri menendang dan menumbuk musuh-musuhnya yang masih terbaring.
Hatinya
semakin panas. Dia melangkah ke sana ke mari sambil bergumam. Ke mana dompetnya?
Apakah salah seorang daripada mereka yang mencopetnya atau ia tercicir di
mana-mana?
“Mana dompet aku?” Jeffri melaung
lagi.
Jeffri
terdengar bunyi tepukan. Dia menoleh ke celah sebuah lorong kecil berhampiran.
Dari sebalik tiang, muncul seorang lelaki yang berikat kepalanya. Dialah lelaki
yang merampas minuman kerasnya di bar sebentar tadi. Dialah juga lelaki yang
mengajaknya ke mari.
“Bravo,
bravo, bravo…” kata lelaki itu seraya terus bertepuk sambil tersengih.
Jeffri
bingung.
Bersambung Ahad hadapan, insya-ALLAH...
Bersambung Ahad hadapan, insya-ALLAH...
No comments:
Post a Comment