Photo credit: borderlandbeat.com
“TUNDUK!” arah Normala kepada semua.
Secara spontan,
masing-masing menunduk. Tanpa sempat berkelip, peluru
bazooka melintasi kepala mereka. Bahang
apinya terasa memijar kulit. Gerakannya laju ke hadapan. Kira-kira 10 meter
daripada jeep mereka, ia terus menghentam lereng bukit.
Tanah bukit
kelihatan terhambur melayang. Pokok-pokok kecil terbungkas akarnya dan tumbang.
Tanah lembab terpercik
ke cermin jeep. Normala segera menyembur cermin dan menghidupkan alat pengelap.
Dua tiga kali alat itu
mengelap, cermin itu semakin kusam. Tanah bertukar menjadi lumpur. Normala
tidak dapat melihat halatuju kenderaan. Dengan segera dia menghentak cermin
menggunakan bontot pistolnya. Mujurlah cerminnya jenis fiber yang kuat. Ia tidak
retak seribu. Sebaliknya hanya pecah berlubang.
Bila pandangannya jelas
kembali, pergerakan jeep mencapai kelajuan semula. Meninggalkan kenderaan musuh
jauh di belakang. Dalam kedudukan itu, musuh berhenti menembak. Mungkin tidak
mahu tertembak Datuk Rauzah yang mereka ingin tangkap semula hidup-hidup.
Jeffri kini berdiri menghala
ke sisi kiri kenderaan dan membidik rifelnya ke arah helikopter. Masih menunggu
saat yang sesuai dan tepat untuk menembak. Pandangannya teralih pula pada
Cenderawasih yang kini merendahkan penerbangannya.
‘Bum!’
Jeep terlanggar batu besar yang
berada di tengah jalan ketika menuruni bukit. Normala segera mengundurkan jeep.
Ia mengundur sedikit, kemudian terhenti walaupun enjinnya masih hidup.
‘Klung, klang, klung, klang…’
Kedengaran bunyi sesuatu
yang kuat dari arah enjin.
“Argh! Bunyi kipas! Pasti radiatornya
dah terperosok ke dalam sebab terlanggar batu!” bentak Jeffri.
Kenderaan musuh kian menghampiri.
Normala terus menekan pedal minyak. Namun jeep hanya bergerak sedikit. Fariz
membidik rifelnya untuk
menyambut kedatangan kenderaan musuh. Dia memetik picu. Namun…
“Woi! Peluru dah habis!”
pekik Fariz.
Matanya meliar tercari-cari andainya
terdapat bekalan peluru di ruang jeep itu. Dia tertunduk-tunduk menggeledah
peti menyimpan peluru. Lalu tergeleng-geleng bila mendapati tiada lagi peluru
yang ditemui.
“Buang ajelah rifel kamu tu!”
sampuk Jeffri. “Nak buat apa lagi senjata tu. Dah tak boleh pakai.”
Kata-kata itu membuatkan
Fariz menoleh. Dia bertentang mata dengan Jeffri. Dalam keadaan genting
sebegini, mengapa Jeffri boleh memperlinya? Rasa amarahnya tiba-tiba datang.
“Buang rifel tu!” kata
Jeffri dengan nada memerintah sambil menggayakan perbuatan membuang rifel
dengan senjatanya.
Barulah Fariz tersedar yang
dia tersalah sangka. Jeffri bukan memperlinya. Sebaliknya dia mahu Fariz
melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan mereka. Kini Fariz menggenggam
muncung rifelnya.
Menanti kedatangan kenderaan
musuh. Tangannya menghayun rifelnya hingga terputar dalam bentuk bulatan.
Apabila kenderaan musuh begitu hampir, rifel itu dilepaskan. Senjata itu
melayang dan mendarat tepat ke cermin kenderaan musuh lalu memecahnya.
Kenderaan musuh kelihatan
tidak tentu arah apabila cerminnya retak seribu. Ia bergesel dengan bucu jeep
mereka sebelum terbabas ke bahu jalan. Pada ketika itulah satu gerakan api
melayang dan menghentam kenderaan musuh. Ia terbakar dan meletup.
Mereka semua sempat
mendongak dan terpandang Cenderawasih yang terbang rendah. Pasti peluru yang
menghentam kenderaan musuh itu datang dari kapal terbang tanpa pemandu itu. Mereka
semua tersorak gembira.
Namun, kegembiraan mereka
hanya sementara. Pergerakan helikopter teralih ke arah Cenderawasih lalu
mengejarnya. Seperti helang mengejar pipit. Hujan peluru mula terhambur ke badan Cenderawasih.
Cahaya-cahaya jingga kelihatan berkeliaran menikam kapalterbang tanpa pemandu
itu. Akhirnya Cenderawasih terbakar dan menjunam ke laut.
Seketika sahaja pergerakan helikopter
kini teralih semula kepada mereka. Hujan peluru mula menghujani sekitar jeep.
Mereka semua tertunduk melindung diri kecuali Jeffri. Dia membidik rifelnya.
Mengekori pergerakan helikopter yang kini mengelilingi jeep mereka.
“Kenapa Jeff tak tembak musuh?”
tanya Normala. “Sejak tadi tak pernah tembak pun!”
“Kau diam! Aku tahu apa yang
aku buat!” tengking Jeffri.
Muncung rifelnya mengekori helikopter
itu sehingga ia mendarat kira-kira 10 meter dari jeep. Normala menekan pedal
minyak. Beberapa kali dia lakukan. Akhirnya jeep itu bergerak dan terundur!
“Hentikan!” gesa Jeffri.
“Apa?” tanya Normala tanpa
menoleh. Dia terus menggerakkan jeep dan membelok untuk membuat pusingan-U agar
lari daripada helikopter itu.
“Berhenti atau aku tembak!”
perintah Jeffri. “A-ha! Buang pistol tu!” katanya lagi bila terpandang Normala
mencapai pistolnya. Ejen wanita itu terpaksa akur. Pistolnya dibaling keluar
jeep.
“Kau gila, Jeff!” tengking
Fariz. Panggilan ‘abang’ sudah tidak digunakannya. Rasa hormat kepada ejen yang
lebih senior daripadanya itu sudah merudum.
“Apa kau nak buat?” sampuk
Datuk Rauzah.
“Aku mahu kamu, Rauzah!”
Fariz memaut palang jeep dan
menghayun tubuhnya untuk melompat dari bahagian belakang dan kini berdiri di
kerusi bersebelahan dengan Datuk Rauzah. Namun pergerakan seterusnya mati
apabila Jeffri menghunus pula rifelnya ke arah Fariz.
“Kau bergerak, kau mati!”
“Kau gila!” jerit mereka
semua serentak.
“Aku tak gila! Aku cerdik.
Kamu semua yang bongok!” jawab Jeffri seraya tersenyum sinis.
“Kamu belot! BISIK akan
tahu!” bentak Fariz.
“BISIK tak akan tahu. Rakaman
kamera dah tenggelam bersama Cenderawasih!” jawab Jeffri lalu tergelak-gelak.
Jeffri menoleh ke arah helikopter
lalu melepaskan dua das tembakan sebagai isyarat. Kelihatan dua orang anggota Bad Holac terjun dari helikopter dengan
senjata terhunus bergerak ke arah mereka.
Bersambung Ahad hadapan, insya-ALLAH...
No comments:
Post a Comment