Photo credit: commons.wikimedia
FRAGMEN AD: GERAK GEMPAR
“ORANG bergaduh, ke?” tanya Nek Tijah.
FRAGMEN AD: GERAK GEMPAR
“ORANG bergaduh, ke?” tanya Nek Tijah.
“Hmm… apa hal
pulak, tu?” celah Tan Sri Daud.
Mereka berempat
berdiri. Masing-masing meninjau untuk melihat apa yang berlaku. Kelihatan Fariz
dan Mr. Drago sedang beradu tenaga. Saling
pukul memukul.
“Mama… mama…” bisik Faryna seraya mengunjuk ke arah Fariz.
Puan Sri Salwa menoleh. Tertanya-tanya.
Puan Sri Salwa menoleh. Tertanya-tanya.
“Fariz, mama,” katanya dengan suara bimbang.
“Syyy…” bisik Tan Sri Daud pula sambil melekapkan jari
telunjuknya ke bibir. Matanya terjeling ke arah Nek Tijah. Dia pun sudah nampak
pergelutan Fariz dengan seseorang. Semakin lama, kedua-duanya semakin
menghampiri tempat mereka berada.
Tan Sri Daud mengerti, Nek Tijah tidak tahu apakah
kerjaya Fariz. Kalau dia tahu, nescaya banyak omelan orang tua itu nanti kerana
dia tidak mungkin faham jenis kerja yang dilakukan Fariz. Kalaulah dia nampak Fariz
adalah salah seorang daripada lelaki yang sedang bergelut itu, pasti dia akan
cemas.
Kini pergelutan Fariz dan Mr. Drago sudah berada
kira-kira tiga meter daripada tempat mereka. Di kala ini, Fariz dapat menghayun
penumbuknya hingga Mr. Drago jatuh terduduk.
“Eh, Fariz ke, tu?” tanya Nek Tijah bila ternampak
kelibat cucunya itu.
“Bukaaaan….” jawab Tan Sri Daud, Puan Sri Salwa dan
Faryna secara serentak.
Puan Sri Salwa lekas-lekas memaut lengan Nek Tijah.
Membawa wanita itu keluar daripada kafe. Tan Sri Daud dan Faryna bergerak di
belakang Nek Tijah. Sengaja begitu untuk menghalang pandangan nenek itu
daripada terpandangkan Fariz.
FARIZ menghampiri lelaki yang cuba bangun itu. Sambil duduk
terlunjur, Mr. Drago tergeleng-geleng. Kemudian termuntah kerana pening
dibelasah Fariz. Kekotoran dari perutnya itu tersembur ke lantai. Orang ramai
yang memerhati ada yang tertawa. Tidak kurang juga ada yang memandang jijik.
Fariz menggamit
lelaki itu dengan jari telunjuknya. Sengaja beraksi begitu sebagai perang
psikologi yang dia lebih handal. Perlahan-lahan Mr. Drago bangkit dengan penuh
kepayahan. Namun sebaik sahaja Fariz menghampiri, lelaki itu tiba-tiba
menendang. Tepat singgah ke pipi ejen itu.
Fariz terundur. Kepalanya
pula berpinar. Dia terasa mukanya sengal bila tendangan kedua, ketiga dan
keempat singgah ke pipi, dagu dan rahangnya. Dia terhoyong hayang dan jatuh
terlentang. Mr. Drago terus menyerang hingga Fariz tidak sempat melawan.
“Game is over, young boy!” kata Mr.
Drago dengan pisau terhunus.
Ketika Fariz jatuh,
dia sempat mencapai pisau yang tersisip di betisnya. Dia menghampiri Fariz.
Menggamit ejen itu dengan jari telunjuknya. Sebagai symbol yang kini dia pula
yang menang.
“Game over, Mr.
Drago!” kedengaran jeritan nyaring seorang wanita.
‘Klik! Klik! Klik!’ kedengaran picu beberapa senjata pistol
ditarik.
Penjenayah itu melepaskan pisaunya. Dengan ekor matanya,
dia nampak tiga pucuk pistol sedang tersasar ke tubuhnya. Kedua-dua tangannya
diangkat. Tanda permainan sudah tamat.
“Fariz… okey?” tanya wanita yang bertempik nyaring
sebentar tadi.
“Okey, kak!” jawab Fariz seraya membetulkan rambutnya.
“Cepat! Pergi solat musafir! Penerbangan lagi setengah
jam!”
Fariz mengangguk lemah. Memandang Normala Mustakim,
rakan sejawatnya sebelum melangkah pergi.
Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya
PERDANA Menteri baru sahaja bangun dari duduknya. Sambil melangkah
ke bilik, dia sempat menyambut salam para wartawan. Mereka kesemuanya
mengucapkan selamat dan tahniah kepadanya kerana akhirnya mengumumkan
pembubaran parlimen yang akan diikuti dengan pilihanraya umum ke-15.
Ada sesuatu yang diperkatakan oleh PM hingga para wakil
media kesemuanya tergelak besar. Tampak sekali PM begitu yakin dengan keputusannya.
Yakin juga dengan masa depan partinya yang bakal berjaya dalam pilihanraya
kelak.
“Ada panggilan, Datuk Seri…” ujar Norawazni, pembantu
peribadinya sebaik sahaja wajah beliau terjengul di pintu.
“Siapa?”
“John Martinez.”
Perdana Menteri tersenyum sambil melangkah ke kerusinya.
Dia tahu, pengumumannya membubarkan parlimen itu kini sudah menjadi berita
dunia. Kesemua kedutaan di Malaysia pun sudah mengesahkan pengumuman Malaysia itu.
Tentu sekali kedutaan Amerika telah memaklumkan berita itu ke Rumah Putih. PM berdehem
sekali sebelum mengangkat telefon.
“Assalamualaikum, Mr. President!”
“Waalaikumsalam, Mr. Prime Minister!”
PM menoleh ke dinding. Memandang jam. Tepat jam 5.00
petang. Ini bererti waktu sekarang ialah pukul 5.00 pagi waktu di Washington
D.C.
“Hei, pukul 5.00 pagi. Sepatutnya kau tidur. Apa yang
kau buat, John?”
“Menatap wajah kau di skrin TV! Apa lagi?”
Kedua-duanya tertawa serentak. Perdana Menteri Malaysia
dan Presiden Amerika, John Martinez adalah dua sahabat baik. Mereka berkawan sejak
di zaman kampus lagi. Kedua-duanya
tertawa panjang.
Kedua-dua pemimpin ini berkawan ketika sama-sama
menuntut di University of Cambridge, United Kingdom dalam jurusan Kejuruteraan
Kimia. Hubungan mereka terputus setelah tamat belajar, sehinggalah mereka
menjadi pemimpin di negara masing-masing.
Perhubungan mereka erat kembali apabila John Martinez
menghadiri Persidangan Ekonomi Islam Sedunia atau World Islamic Economic
Conference iaitu WIEC di Putrajaya International Convention Centre pada tahun
lalu. Di persidangan itu, John Martinez menyuarakan komitmen Amerika untuk
beralih daripada sistem ekonomi konvensional ke sistem ekonomi Islam.
Dia yakin, itulah sistem yang akan menyelamatkan
ekonomi dunia. Malah, dia yakin dengan Islam, agama yang dianutinya setelah bersahabat
dengan Perdana Menteri Malaysia. Bersambung Ahad hadapan, insya-ALLAH...